Sejarah Semenyih

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Jumaat, Jun 29, 2007 | | 1 komen »

Semenyih ialah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir.
Istilah:
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
Lokasi:
Di dalam peta topografi, Kedudukan di dalam peta ialah latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang. -sumber semenyih.net

1 komen

  1. LinuxMalaysia // Rabu, 18 Februari, 2009  

    Pandangan Taman Harmoni dari satelit.

    http://www.wikimapia.org/#lat=2.9551913&lon=101.8111396&z=17&l=0&m=a&v=2