Program Sambutan Kemerdekaan ke50 peringkat DUN Semenyih

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Khamis, Ogos 23, 2007 | | 0 komen »

Untuk makluman pada 19/8/07 telah dilancarkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke 50 peringkat DUN Semenyih didewan beranang.Diantara program yang akan dijalankan termasuk pertandingan Taman Terbersih dan Taman Tercantik. Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) /MPkJ /DUN Semenyih dipertanggunjawabkan bagi menjayakan program ini.
Taman Harmoni telah terpilih sebagai salah satu daripada 75 taman perumahan dalam kawasan DUN ini yang dicalonkan untuk menyertai pertandingan. Ganjaran berupa wang tunai RM3000 tempat pertama, RM2000 kedua & RM1000 ketiga.
Kerjasama penduduk supaya dapat membersihkan & mengindahkan kawasan dihadapan & belakang rumah masing selain itu hiaslaj rumah dengan Jalur Gemilang.
Selain itu untuk menjayakan sambutan ini pihak jawatankuasa akan membuat kutipan sebanyak RM15 untuk setiap rumah bagi membeli bendera, perbelanjaan gotong royong dan jamuan makan malam kemerdekaan pada malam 1 september 2007 untuk semua penduduk Taman Harmoni. Sumbangan boleh disalorkan kepada: Pengerusi En.Abdul Rahim , Setiausaha En.Nizam (012-2839413) dan Bendahari En.Mohan (012-2512996)