Percubaan mencuri di Rumah No.17 Sect.6

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Khamis, September 27, 2007 | , | 1 komen »

Pagi tadi lebih kurang jam 4.30AM , rumah no.17 cuba dipecah masuk. Mengikut maklumat yang disampaikan oleh saksi kejadian, dipercayai 4 orang yang telibat didlm percubaan menyamun tersebut. Mujurlah jiran yang perihatin telah menjerit....sehingga membuat penghuni dijln 11/3 , 11/4 terjaga daripada lena termasuk saya. Dalam kejadian kelam kabut itu, pengerusi pesatuan penduduk Harmoni seksyen 6 yang baru dilantik cuba mengejar 2 orang yang lari kearah rumah banglo & 2 orang dikejar oelh jiran saya saudara JIMI. Oleh kerana kurang kelengkapan seperti tiada lampu suluh......penyamun tersebut telah dapat meloloskan diri mereka.
Kami yang terjaga telah berkumpul di hadapan taman permainan.....ada yang membawa kayu golf, kayu dan besi tetapi cuma 2 orang yang membawa lampu suluh. Setelah itu kami beredar kerumah yang dipecahkan...didapati 1 cermin tingkap dapur telah dikeluarkan dan satu besi tingkap telah dipotong. Dalam masa yang sama sebuah kereta peronda Polis telah datang dan koperal yang bertugas telah memeriksa dan menyarankan tuan rumah membuat laporan polis bersama pengawal keselamatan (sampai selepas dipanggil oleh pengerusi ....pihak polis masuk pun tak sedar ....inikan penyamun).
Lebih kurang 5.20AM, pengerusi meminta semua bersurai disamping ucapan terimakasih diatas kerjasama semua. Dalam perjalanan balik, jiran saya rumah No. 34 ...En. Arun yang baru 4 hari pindah (hadapan rumah masih belum berpagar) juga baru pulang dari hospital jam 3 a.m. menghantar anak perempuan nya jatuh hairan kerana lampu kalimantang dibelakang rumah tidak menyala dan setelah didapati 'shutle' telah hilang.
Saya berpendapat pihak pemaju iaitu Dynafare perlu meletakkan pengawal keselamatan juga di hadapan taman permainan. Disarankan juga supaya semua penduduk membuat grill belakang yang hanya boleh dikunci mangga (padlock) dari dalam di samping menukar padlock jenis SHACKLE DIAMETER yang rendah ,supaya sukar dipotong. Bersiap sedia dengan membeli lampu suluh yang besar & kayu (disarankan kayu golf ) yang beleh digunakan pada masa hadapan jika kejadian berulang lagi. Dan mungkin ada beberapa perkara yang akan dibincangkan oleh AJK pesatuan penduduk untuk menangani masalah pecah rumah ini dalam masa yang terdekat...lebih2 lagi penduduk yg beragama islam akan menyambut Idul-fitri tidak lama lagi. Petang semalam juga AJK telah mengedarkan surat memohon derma MOREA minima RM15 giliran untuk Seksyen 6 yang akan diadakan pada 30 September akan datang.
*Petang ni wife call, kain batik tutup pintu pagar belakang hilang.....

Kempen Rasa Sayang Malaysia

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Khamis, September 20, 2007 | | 0 komen »



Hantar e-udangan dan menangi hadiah menarik.

Fadilat Terawih

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Selasa, September 18, 2007 | | 0 komen »


(dah 6 malam terawih disini -SURAU AL-RAHMANIAH)

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.


Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.


Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.


Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.


Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).


Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.


Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.


Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).


Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.


Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).


Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.


Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.


Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.


Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’

Senarai Tempat berbuka puasa Di KL & Selangor

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Isnin, September 17, 2007 | | 0 komen »

Di sini saya masuk kan link tempat berbuka puasa tapi pastikan tempat yang anda pilih itu mempunyai surau untuk bersolat.
http://www.mail-archive.com/smach@yahoogroups.com/msg00157.html


Tapi saya lebih suka pergi ke bazaar ramadhan tempat tinggal lama di Tmn Kajang Mewah (berhampiran pasaraya bintang)...lagipun bazaar itu dikelolakan oleh sahabat saya saudara Narawi. Ada lebih kurang 70 penjaja yang meniaga juadah berbuka puasa seperti kuih muih, lauk pauk & ada juga jual VCD lanun (adake bazaar ramadan jual VCD)...banyak2 kawasan area kajang aku rasa situ paling meriah dibandingkan dengan saujana Impian, sg.kantan, simpang kepenjara kajang, kajang prima, bangi seksyen 5 dan pekan semenyih (sg.ramal ok tapi ada banyak lalat la kat situ). Disamping itu sila lihat jadual waktu berbuka & imsak dan kirimlah gambar dan ucapan di salam perantauan.

Agen TM datang....buat pendaftaran

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Jumaat, September 14, 2007 | | 0 komen »

2 minggu yang lepas ada 3 orang agen TM bawa borang untuk daftar talian tetap, aku is borang utk telefon & streamyx...dia kata tiang telefon pun dah pasang kat belakang rumah, aku pun ada perasan juga..tapi bila nak pasang telefonnya, lama ambil masa.

Selamat Menyambut Ramadhan

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Khamis, September 13, 2007 | | 1 komen »


Erti Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin danberakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal duniaterlepasdari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,10 hari pertengahan - pengampunan,10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Pertukaran Nama Blog

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Selasa, September 04, 2007 | 0 komen »

Saya telah menukar nama blog ini ke Komuniti Taman Harmoni dan bukan lagi Tmn Harmoni Sect 6...harap maklum.