Sejarah Semenyih

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Jumaat, Jun 29, 2007 | | 1 komen »

Semenyih ialah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir.
Istilah:
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
Lokasi:
Di dalam peta topografi, Kedudukan di dalam peta ialah latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang. -sumber semenyih.net

Mangga dah rosak.....

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Jumaat, Jun 29, 2007 | | 0 komen »

Baru sampai kat ofis, bini call mangga pagar depan dah rosak ....mungkin sebab kena hujan -panas agaknya. Baru duduk satu minggu , aku ingat nak tanam pokok mangga tapi nak tanam kat mana????

Disini belum ada talian Telekom???

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Jumaat, Jun 29, 2007 | , | 0 komen »

Disebabkan saya guna MAXIS liputan kejap ada kadang2 tak ada hari ini pergi Ke TM Point Kajang belakang balai polis kajang, tapi dah pindah kat depan McDonald sederet Hongleong Bank. Sampai 2.15 pm. Ambil nombor jam 3.05 baru dapat jumpa customer service. Dikata kat sini tak ada dalam databank TM jadi tunggu 3 hari Teknikal nak check area dulu. Lepas 3 hari call no. 100 atau TM Point Kajang 03-87360102. Agaknya jiran-jiran lain yang dah pindah satu orang pun belum apply lagi......aku orang pertama ke?

Kata Aluan dan Lokasi

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Rabu, Jun 27, 2007 | , , , | 4 komen »



(jalan harmoni 11/3)




(foto hadapan rumah 32A , Jalan 11/3)

Group ini dibuka oleh saya Khusairi dan isteri Rini yang beralamat di No. 32A Jalan Harmoni 11/3. Disini adalah tempat untuk maklumat aktiviti bagi komuniti kawasan perumahan Taman Harmoni Seksyen 6 Bandar Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor DE. Saya telah berpindah masuk pada hari Sabtu 23 Jun 2007. Saya menpunyai 2 orang anak yang sulong perempuan Nursyazmimi Salsabila (4tahun) dan lelaki Mohamad Khuzairi (2tahun).Semua penduduk disini dialu-alukan menjadi ahli. Jika anda ada pendapat atau idea sila berikan seperti menghantar aktikel, gambar dll yang berkaitan dengan komuniti ini. Kerjasama anda semua amatlah saya hargai.