Al-FATIHAH

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Jumaat, November 21, 2008 | , | 0 komen »

Pada ni..saya diberitahu oleh Hj.Majid adik kepada Pengerusi, Saudara Azman telah meninggal dunia...... sedekah al-fatihah kepada rohnya, terima kasih


Ramai dah ubahsuai rumah masing2

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Rabu, November 19, 2008 | | 0 komen »

Sebelum puasa yang lalu ramai yang telah mengubahsuai rumah masing2, seperti rumah saudara azman dll. kebanyakannya di Jalan 11/3. Minggu ni kelihatan rumah saudara Yus juga sedang diubahsuai bahagian hadapan....
p/s: sebelum pengubahsuaian dilakukan perlu mendapat keizinan daripada pihak MPKj....dijalan 11/3, rumah yang paling vogue, Rumah Pengerusi Persatuan Penduduk, Saudara Azman

Saya akan UPDATE blog ini....

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Selasa, November 18, 2008 | | 0 komen »

Minta maaf dalam masa terdekat saya akan cuba mengemaskini blog ini untuk maklumat para pengunjung....sekian terima kasih.
p/s: saya online di http://www.tagged.com/nworkjaya dan sibuk dengan Jutawan Ceramic dan Networkjaya.com

Mohon doa selamatkan Komuniti ini

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Khamis, Februari 28, 2008 | | 1 komen »

Kawalan keselamatan akan tamat pada akhir bulan februari ini. Majaroti komuniti tidak mahu membuat bayaran sebanyak RM600 setahun, untuk meyambung khidmat tersebut. Sebab rata2 tidak mahu membayar ialah:

1. PENGAWAL HANYA DUDUK DIPOS KAWALAN.
2. SEBAB 1 ORANG SAHAJA YANG BERKAWAL, SEPATUTNYA LEBIH.
3. BERLAKUNYA KES PECAH RUMAH YANG BELUM SELESAI, DAN TIADA TINDAKAN PRO-AKTIF DARIPADA PIHAK PEMAJU.
4. DLL YANG BERKAITAN.

Pihak DYNAFE apabila ditanya, akan menghantar notis kepada pembeli untuk menyambung khidmat ini dalam masa terdekat.

# teringat kenangan manis berkawal malam pada bulan puasa yang lepas selama 2 bulan akibat kes pecah rumah yang melampau disini. "guard jangan duk lepak aje ...ronda la kejap!!! tengok sikit rumah aku, esok nak pergi jakarta 2 hari"

Tamanku SEMAKIN ramai orang

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Isnin, Februari 18, 2008 | | 0 komen »

Dengar cerita...fasa baru telah dilancarkan telah habis terjual, ramailah nanti warga Harmoni

Percubaan mencuri di Rumah No.17 Sect.6

Dihantar Oleh Tanpa Nama | Khamis, September 27, 2007 | , | 1 komen »

Pagi tadi lebih kurang jam 4.30AM , rumah no.17 cuba dipecah masuk. Mengikut maklumat yang disampaikan oleh saksi kejadian, dipercayai 4 orang yang telibat didlm percubaan menyamun tersebut. Mujurlah jiran yang perihatin telah menjerit....sehingga membuat penghuni dijln 11/3 , 11/4 terjaga daripada lena termasuk saya. Dalam kejadian kelam kabut itu, pengerusi pesatuan penduduk Harmoni seksyen 6 yang baru dilantik cuba mengejar 2 orang yang lari kearah rumah banglo & 2 orang dikejar oelh jiran saya saudara JIMI. Oleh kerana kurang kelengkapan seperti tiada lampu suluh......penyamun tersebut telah dapat meloloskan diri mereka.
Kami yang terjaga telah berkumpul di hadapan taman permainan.....ada yang membawa kayu golf, kayu dan besi tetapi cuma 2 orang yang membawa lampu suluh. Setelah itu kami beredar kerumah yang dipecahkan...didapati 1 cermin tingkap dapur telah dikeluarkan dan satu besi tingkap telah dipotong. Dalam masa yang sama sebuah kereta peronda Polis telah datang dan koperal yang bertugas telah memeriksa dan menyarankan tuan rumah membuat laporan polis bersama pengawal keselamatan (sampai selepas dipanggil oleh pengerusi ....pihak polis masuk pun tak sedar ....inikan penyamun).
Lebih kurang 5.20AM, pengerusi meminta semua bersurai disamping ucapan terimakasih diatas kerjasama semua. Dalam perjalanan balik, jiran saya rumah No. 34 ...En. Arun yang baru 4 hari pindah (hadapan rumah masih belum berpagar) juga baru pulang dari hospital jam 3 a.m. menghantar anak perempuan nya jatuh hairan kerana lampu kalimantang dibelakang rumah tidak menyala dan setelah didapati 'shutle' telah hilang.
Saya berpendapat pihak pemaju iaitu Dynafare perlu meletakkan pengawal keselamatan juga di hadapan taman permainan. Disarankan juga supaya semua penduduk membuat grill belakang yang hanya boleh dikunci mangga (padlock) dari dalam di samping menukar padlock jenis SHACKLE DIAMETER yang rendah ,supaya sukar dipotong. Bersiap sedia dengan membeli lampu suluh yang besar & kayu (disarankan kayu golf ) yang beleh digunakan pada masa hadapan jika kejadian berulang lagi. Dan mungkin ada beberapa perkara yang akan dibincangkan oleh AJK pesatuan penduduk untuk menangani masalah pecah rumah ini dalam masa yang terdekat...lebih2 lagi penduduk yg beragama islam akan menyambut Idul-fitri tidak lama lagi. Petang semalam juga AJK telah mengedarkan surat memohon derma MOREA minima RM15 giliran untuk Seksyen 6 yang akan diadakan pada 30 September akan datang.
*Petang ni wife call, kain batik tutup pintu pagar belakang hilang.....